PENGENALAN
Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui badan
perundangan .
Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:
(a)Perlembagaan bertulis
(b)Perlembagaan tidak bertulis
Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting:
(a)Mengekalkan keharmonian masyarakat
(b)Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar
(c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
KONSEP PERLEMBAGAAN
Konsep Perlembagaan
Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya
1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.
Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:
(a)Perlembagaan bertulis
(b)Perlembagaan tidak bertulis
Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting:
(a)Mengekalkan keharmonian masyarakat
(b)Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar
(c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat .
KONSEP PERLEMBAGAAN
Konsep Perlembagaan
Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan itu, antaranya
1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary.
Perlembagaan dimaksudkan
sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip
kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
2. Geoffrey
Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.
Perlembagaan sebagai satu
komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu
sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.
3. C.H. Pritchett
dalam International Encyclopedia of Social Sciences.
Perlembagaan sesebuah negara
itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau
membuatkan sistem pemerintahan negara itu.
4. C.A. Leeds
dalam bukunya, Politics.
Perlembagaan sesebuah negara
bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada
cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam
undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.
5. C.F. Strong
dalam bukunya Modern Political Constitution.
Perlembagaan sebagai koleksi
prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah dan hubungan antara
keduanya akan diubah.
6. R.N. Gilchrist
dalam bukunya Principles of Political Science.
Perlembagaan mengandungi satu
badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti
kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi
kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.
Pada asasnya,
perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara
dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam
undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang
yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep
penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:
·
Perlembagaan
merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas
kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dan mentadbir negara
·
Perlembagaan
sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis.
Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan
tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
·
Perlembagaan
menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan
politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil
serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
- Perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting .
- Perlembagaan menentukan bidang kuasa
pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat .
- Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan
setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .
KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan .
PERLEMBAGAAN BERTULIS
Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan.
Contoh-contoh perlembagaan bertulis :
(a)Perlembagaan Persekutuan
(b)Perlembagaan Negeri
(c)Akta
(d)Enakmen
(e)Ordinan
(f)Perundangan subsidiari
(g)Undang-undang Islam
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri .
Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis :
(a)Undang-undang lazim(common law)
(b)keputusan-keputusan mahkamah
(c)undang-undang Hindu
(d)undang-undang adat :
-Adat Perpatih
-Adat Temenggung
(I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu .
(II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam . Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa .
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual berikut:
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu:
(a)Kebebasan asasi
(b)Kewarganegaraan
(c)Sistem pemerintah
(a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan .
Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :
- Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat
- Kebebasan bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang.
(b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara iaitu :
(I)Secara kuatkuasa undang-undang
(II)Secara pendaftaran
(III)Secara naturalisasi/masukan
(IV)Secara percantuman wilayah
(I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik. Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat berikut:
(a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara.
(b)Dilahirkan diluar Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atau negeri.
(c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan warganegara.
(d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi warganegara lain .
(II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut :
(a)Berumur kurang daripada 21 tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara
(b)Berumur 18 tahun atau lebih dan menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik serta berpengetahuan tentang bahasa Melayu .
(III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika:
(a)Seseorang itu telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
(b)Berniat menjadi warganegara Malaysia
(c)Berkelakuan baik
(d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu
(IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah
Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara Malaysia. Contohnya seperti :
(a)Sabah
(b)Sarawak
(c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan .
Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan :
(a)Badan Eksekutif
(b)Badan Perundangan
(c)Badan Kehakiman
(I)Badan Eksekutif(Pelaksana)
-Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian.
(II)Badan Perundangan
- Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang . Parlimen terdiri daripada:
(a)Yang di-Pertuan Agong
(b)Dewan Negara
(c)Dewan Rakyat
(III)Badan Kehakiman(Judisiari)
-Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
KESIMPULAN
Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan, tidak akan wujud negara yang aman dan damai.
No comments:
Post a Comment